ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Ogos 2023.
1. Bekas ADUN Melaka meninggal dunia
Allahyarham yang pernah memegang jawatan sebagai Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam meninggal dunia dipercayai akibat sakit tua pada jam 9.25 malam.
2. Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II
Kedua-duanya mengangkat sumpah jawatan berkenaan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
3. Lebih banyak rampasan aset berkaitan kes 1MDB - KPN
Lebih banyak aset melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dirampas dalam masa terdekat susulan keterangan yang diberikan bekas peguam syarikat berkenaan Jasmine Loo Ai Swan, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
4. "UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
5. BNM tahu AS$700 juta 1MDB masuk akaun syarikat Jho Low selepas 6 tahun - Zeti
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati bahawa wang AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah masuk ke entiti yang salah, iaitu Good Star Ltd, sebuah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
6. Terengganu umum senarai portfolio 11 Exco
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengumumkan senarai sebelas portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) termasuk seorang wakil daripada Bersatu, di Wisma Darul Iman di sini.
7. Shah Alam dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di Seksyen 13, di sini mengalami banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 3 petang Rabu.
8. Asfia pangku TYT Sarawak bermula Khamis
Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Awang Asfia Mohd Nasar dilantik sebagai Pemangku Yang di Pertua Negeri Sarawak bermula Khamis, 17 Ogos 2023.
9. 1MDB akui tiada wang atau pelaburan selepas didenda RM15 juta - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaku tidak mempunyai wang atau pelaburan selepas bank pusat itu mengenakan denda berjumlah RM15 juta terhadap syarikat berkenaan.
10. Pembinaan LCS dijangka disambung semula bulan depan - Panglima TLDM
Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka disambung semula mulai bulan depan, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.
Astro Awani
Wed Aug 16 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Ogos 2023.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.