MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 November 2023.
1. Deepavali: Tol percuma untuk dua hari bermula Sabtu
Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara.
2. Sokongan Ahli Parlimen Bersatu, matikan desas-desus pertukaran kerajaan
Blok kerajaan kini mempunyai 151 daripada 222 kerusi, jumlah selesa dua pertiga di Dewan Rakyat.
3. ONE Championship: Johan Ghazali bakal buat penampilan pertama jumpa Edgar Tabares
Bintang meningkat naik itu akan bertarung dengan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam pertarungan ONE Fight Night 17.
4. Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng akan memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.
5. Selangor peruntuk RM2.53 bilion dalam Belanjawan 2024
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM2.53 bilion dalam Belanjawan 2024 bagi perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pembangunan negeri.
6. Selangor umum Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam
Selangor memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kali Ketiga sebanyak setengah bulan gaji, dengan minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri bagi menghargai penglibatan mereka menjayakan kutipan hasil.
7. Mangsa terakhir runtuhan bangunan di Pulau Perhentian ditemui
Mangsa terakhir kejadian bangunan runtuh di sebuah resort di Pulau Perhentian dekat sini ditemukan maut oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) petang ini.
8. PM Anwar akan hadir Sidang Kemuncak Tergempar OIC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan pada Sabtu (11 Nov) di Riyadh, Arab Saudi.
9. Tol percuma: Masih perlu sentuh Touch n Go, lakukan transaksi untuk rekod perjalanan
Pengguna lebuh raya masih perlu menyentuh kad Touch n Go, dan melakukan transaksi SmartTAG atau RFID di plaza tol kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk rekod perjalanan, susulan keputusan Kerajaan untuk memberikan tol percuma sempena sambutan Deepavali.
10. Nga Kor Ming sumbang sebulan gaji kepada pemenang Anugerah AiPSA
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyumbang sebulan gajinya sebagai hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AiPSA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Nov 2023.