NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 November 2023.
Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, bakal memperoleh 25 pesawat baharu Boeing 737-8, melalui perjanjian sewaan jangka masa panjang yang dimeterai bersama Air Lease Corporation (ALC).
Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, kian menutup peluangnya meneruskan tunggangan musim depan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewajibkan operator Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) menghubungi ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir bagi mengelakkan kes kematian kanak-kanak tertinggal di dalam kereta.
Bekas Panglima ATM Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumum calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk memberikan sokongan kepada mana-mana pemimpin yang boleh melakukan sesuatu yang betul untuk memulihkan Malaysia.
6. Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
6. Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung dakwaan yang mengatakan Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan Chin Peng.
7. Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri bermula Khamis
7. Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri bermula Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri bermula Khamis ini.
8. KSM akui wujud kes amah tidak dibayar gaji selama 19 tahun
8. KSM akui wujud kes amah tidak dibayar gaji selama 19 tahun
Kementerian Sumber Manusia mengakui masih banyak kes membabitkan majikan yang mengabaikan pekerja asing termasuk isu tidak membayar gaji amah selama 19 tahun.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini cuba mempertahankan bapa mentuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, mengenai hubungan pemimpin itu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata segala hal berkaitan kelompongan dan kelemahan dalam Akta Lompat Parti sudah diperjelaskan oleh beliau semasa sesi penggulungan ketika ia diluluskan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami