awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura

Bernama
Bernama
13/11/2023
09:23 MYT
Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Dalam satu rakaman video, Siti Mastura (gambar) pada majlis ceramah politik di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, didakwa mengaitkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng (kanan) sebagai sepupu Chin Peng. - Gambar fail/Bernama
KEPALA BATAS: Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad berhubung dakwaannya yang mengatakan Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie ketika dihubungi Bernama berkata laporan itu termasuk yang dibuat sekumpulan individu daripada Kelab DAP Veteran Kebangsaan pada Sabtu lepas.
"Ya. Saya sahkan dua laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah SPU setakat ini.
"Bagaimanapun, rakaman keterangan akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan memaklumkan janji temu untuk proses merakam keterangan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu dijadualkan semula pada 11 pagi esok di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Razarudin berkata setakat hari ini enam laporan polis sudah diterima berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat, Siti Mastura pada majlis ceramah politik di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, didakwa mengaitkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng sebagai sepupu Chin Peng.
Jumaat lepas, Guan Eng memaklumkan beliau melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas tempoh 48 jam yang diberikan kepada pemimpin wanita PAS itu membuktikan dakwaannya tamat sehari sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan polis
#Ahli Parlimen Kepala Batas
#Siti Mastura Muhammad
#Lim Guan Eng
#Lim Kit Siang
#Chin Peng
#Polis Seberang Perai Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan