MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 November 2023.
Salah seorang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di KK Garden, Myawaddy, Myanmar mendedahkan pernah menolak pelawaan untuk pulang ke Malaysia ketika ditanya rakyat Malaysia yang banyak membantu menyelamatkan mangsa-mangsa di Myanmar, Victor Wong.
Didera secara fizikal termasuk dirogol, dipukul dengan kayu pemukul kriket, direnjat elektrik dan kurung dalam bilik yang dipenuhi tikus, itu antara hukuman terpaksa dilalui mangsa pemerdagangan manusia di KK Garden Myawaddy, Myanmar.
'Guru umpama lilin membakar diri menerangi orang lain,' kata-kata yang amat cocok bagi mencerminkan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, George Odol, yang berkorban demi memberikan pendidikan untuk anak muridnya di kawasan pedalaman, di sini.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertitah, rekod sejarah pemerintahan beraja yang lengkap amat penting untuk membantu negeri mempertahankan kedaulatan sistem beraja.
5. Dilarang berkawan dengan teman wanita, remaja serang ibu dan abang guna parang
5. Dilarang berkawan dengan teman wanita, remaja serang ibu dan abang guna parang
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan kerana disyaki menyerang ibu dan abangnya dengan parang selepas dilarang berkawan dengan teman wanitanya.
6. Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN
6. Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN
Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil sekali lagi untuk dirakam keterangan pada Isnin, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular.
7. 'Sudah menang syukur sahajalah' - TMJ
7. 'Sudah menang syukur sahajalah' - TMJ
Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas segelintir penyokong yang mempersoal prestasi beberapa pemain Harimau Malaya ketika menentang Kyrgyzstan, Khamis lalu.
8. Belum ada laporan polis dari Wahab - PDRM
8. Belum ada laporan polis dari Wahab - PDRM
Polis Kontinjen Selangor dan Kuala Lumpur, memaklumkan belum menerima sebarang laporan polis dari Penolong Pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, berhubung dakwaan rakaman video tular.
9. Gangguan seksual: Lelaki perlu lebih berani tampil buat laporan - Nancy
9. Gangguan seksual: Lelaki perlu lebih berani tampil buat laporan - Nancy
Golongan lelaki yang menjadi mangsa gangguan seksual diminta bertindak lebih berani, dengan segera tampil melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa bagi memastikan jenayah itu dapat ditangani sebaiknya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata bayi berkenaan dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian dan masih bertali pusat berserta uri oleh orang awam pada 1.25 tengah hari.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami