MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 November 2023.
1. Bahaya biarkan pemimpin berperangai saling mencela, saling menghina - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan mengenai aspek budi bahasa dan sopan santun yang semakin diketepikan.
2. Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan
'JIKA dia lahir di Eropah, sudah tentu dia akan meletup' itu kata-kata mendiang B. Sathianathan.
3. Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Kenyataan Sirul Azhar dalam wawancara eksklusif bersama Aljazeera English 101 East pada Jumaat disifatkan tidak langsung mempunyai merit.
4. Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka di Kelantan, Terengganu hingga Isnin
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini (27 Nov).
5. Rafizi tolak kajian Merdeka Center, sokongan terhadap Anwar meningkat
Sokongan serta penilaian rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat sejak September lepas hingga kini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
6. Konsert Coldplay: Tiada kos baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil
Tiada kos terlibat bagi membaik pulih permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak susulan konsert kumpulan Coldplay diadakan di venue berkenaan pada Rabu lepas, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
7. Dana Komuniti Madani: RM1 bilion untuk masyarakat desa mulakan projek ekonomi
Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion tahun depan untuk inisiatif Dana Komuniti Madani, bagi membantu masyarakat desa mulakan projek ekonomi sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Najib Razak nafi dakwaan Sirul dalam wawancara dengan Al Jazeera
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan semua dakwaan daripada bekas pengawal peribadinya Sirul Umar Azhar, dalam satu wawancara yang disiarkan dalam program Al Jazeera's 101 East mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu pada 2006.
9. KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan
Kementerian Pendidikan (KPM) digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.
10. 'Tanya kawan-kawan, ini gimik ke?' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tindakannya mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan akan datang sebagai gimik perhimpunan agung tahunan parti.