Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 27, 2023 15:44 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 November 2023.
1. 'Terima kasih isteri pertama kerana sabar' - Aliff Teega sahkan kahwin dua
Pempengaruh media sosial Alif Teega mendedahkan dia sudah berkahwin kali kedua pada 18 November lalu.
2. Sirul perlu dedah dalang pembunuhan, hentikan spekulasi
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabit kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu perlu mendedahkan dalang kes tersebut bagi menghentikan sebarang spekulasi.
3. Kelantan keluarkan jenama beras sendiri tahun hadapan
Kerajaan Kelantan akan mengeluarkan jenama beras sendiri dinamakan Beras Agro Darul Naim bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini tahun hadapan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
4. Kerajaan laksana program subsidi bersasar RON95 pada 2024 - Rafizi
Kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 pada 2024 sebagai langkah untuk mengoptimumkan sumbernya kepada golongan yang paling memerlukannya.
5. Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2024
Persidangan Dewan Rakyat malam ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 selepas dibahaskan sejak 16 Okt lepas.
6. Terengganu umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.860 bilion
Kerajaan Terengganu hari ini memperuntukkan sejumlah RM1.860 bilion bagi Belanjawan 2024 negeri itu dengan anggaran defisit sebanyak RM131 juta berbanding belanjawan sebelum ini.
7. ‘Android box’ masih aktif ratah kandungan halal
Pelaksanaan operasi secara berkala termasuk kempen kesedaran seakan tidak mendatangkan kesan terhadap pengguna ‘android box’ yang memilih untuk menjarah apa sahaja kandungan secara haram.
8. Fadhlina, KPM mohon maaf susulan insiden larangan lagu Tamil
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini memohon maaf kepada semua komuniti India di negara ini susulan insiden larangan nyanyian lagu tradisi Bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.
9. Lawatan kerja PM ke Sadao antara usaha eratkan lagi hubungan dua hala
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan kerja sehari beliau ke Sadao, di selatan Thailand adalah antara usaha bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala, untuk memajukan dan membangunkan kawasan Utara Semenanjung dan selatan Thailand.
10. Pembangunan IDN: Data rakyat Malaysia selamat - Fahmi
Kementerian Komunikasi Digital (KKD) hari ini memberi jaminan pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat, kata menterinya Fahmi Fadzil.
#berita tempatan #berita dalam negara #Hrithik Roshan #subsidi bersasar