SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi Digital (KKD) hari ini memberi jaminan pembangunan Identiti Digital Nasional (IDN) tidak akan menjejaskan keselamatan data peribadi rakyat, kata menterinya Fahmi Fadzil.
Beliau berkata inisiatif yang diusahakan oleh Mimos Berhad dengan kerjasama beberapa agensi lain itu telah digunakan di beberapa negara luar seperti Estonia, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
"Ramai yang mengatakan kononnya bagi sesetengah negara mereka tidak mahu lakukan, tetapi banyak negara telah lakukan kerana banyak kebaikan. Ia juga akan mengurangkan kos bagi pembangunan aplikasi.
"Seperti saya sebutkan tadi data rakyat Malaysia akan selamat daripada dicuri pihak-pihak berniat jahat. Maka isu keselamatan data peribadi itu dapat dikawal dengan sangat rapi dan rapat," katanya menepis dakwaan segelintir pihak di media sosial bahawa IDN menjejaskan keselamatan data peribadi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Transformasi Digital dan Inovasi Malaysia-Jepun2023 di Management and Science University, di sini hari ini.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan menakut-nakutkan rakyat, Fahmi berkata usaha dan dasar itu bukan perkara baharu sebaliknya telah diumumkan pada 2021.
"Ia adalah dasar untuk kita menyeragamkan terutama proses daftar masuk merentasi kementerian, kerana kita lihat setiap kementerian akan ada aplikasi dan pendaftarannya sendiri.
"Disebabkan itu maklumat atau pangkalan data itu dipegang oleh banyak pihak, jadi kita nak selesaikan isu pendaftaran tunggal selain isu keselamatan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan kerajaan telah meluluskan peruntukan awal RM80 juta bagi pembangunan IDN sebagai usaha menyegerakan platform pengesahan diri berkenaan yang dipercayai mampu mempertingkatkan lagi tahap kecekapan perkhidmatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Fahmi berucap merasmikan Seminar Transformasi Digital dan Inovasi Malaysia-Jepun2023 di Management and Science University, Shah Alam, hari ini. - Facebook Fahmi Fadzil
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Wujud portal bantu rakyat lawan scam, tangkis fitnah - Fahmi
Sebuah portal yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) akan diwujudkan, untuk membantu rakyat mengesahkan maklumat yang diterima, menangkis berita fitnah serta melawan penipuan atau scam.