awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2023
16:00 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Disember 2023.
1. Dr Dzulkefly tekad laksana agenda transformasi kesihatan digital
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang memulakan tugas secara rasmi hari ini untuk mengemudi semula Kementerian Kesihatan (KKM), menzahirkan tekad untuk melaksanakan agenda transformasi kesihatan digital secara menyeluruh.
2. Tun M selar tindakan AS guna veto batal draf resolusi gencatan senjata di Gaza Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyelar Israel dan Amerika Syarikat (AS) berhubung peperangan yang berlaku di Semenanjung Gaza yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 18,000 nyawa rakyat Palestin. 3. PM Anwar pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama pasca rombakan Mesyuarat Khas Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan pasca rombakan berlangsung di di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, pada Rabu. 4. J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini diselia Kementerian Komunikasi.
5. Rosmah kemuka representasi baharu gugur 17 pertuduhan Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal isytiharkan pendapatan kepada LHDN. 6. Kanak-kanak didakwa didera pengasuh, polis sahkan terima laporan Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun satu bulan oleh pengasuh di kawasan Sikamat di sini seperti yang tular di media sosial. 7. Israel mahu curi dan bolot rizab minyak Gaza Benarkah pencerobohan di Gaza bertujuan menghapuskan pengaruh Hamas semata-mata atau Israel mempunyai tujuan lain?
8. Tiga penagih ditahan ketika 'mass DNA screening' kes Zayn Rayyan Tiga individu dipercayai penagih dadah ditahan pihak polis selepas mass DNA screening atau ujian DNA secara beramai-ramai dilakukan di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Ahad. 9. Tiada tempoh berbulan madu untuk ahli Kabinet - PM Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet termasuk yang baharu dilantik bahawa tidak ada tempoh untuk berbulan madu, sebaliknya mereka perlu terus menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat. 10. Polis jumpa stoking dalam takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan Sehelai stoking telah dijumpai di dalam kawasan takungan air di anak sungai berdekatan lokasi mayat kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada 6 Disember lalu.

Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan