awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jumpa stoking dalam takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/12/2023
14:10 MYT
Polis jumpa stoking dalam takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan
Sehelai stoking dijumpai di dalam kawasan takungan air di anak sungai berdekatan lokasi mayat kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada 6 Disember lalu. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Sehelai stoking telah dijumpai di dalam kawasan takungan air di anak sungai berdekatan lokasi mayat kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada 6 Disember lalu.
Penemuan terbaharu itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi media malam ini.
Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini polis tidak dapat memastikan sama ada stoking berkenaan milik kanak-kanak istimewa itu atau sebaliknya.
“Kita (polis) jumpa sehelai sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan mangsa atau bukan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Hussein berkata stoking berkenaan antara barangan dan objek yang perlu dihantar ke makmal untuk analisis lanjut.
Semalam, polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi membantu menyedut keluar air takungan di lokasi penemuan mangsa.
Operasi berkenaan bagi mencari sama ada wujud sebarang bukti baharu berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan.
Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran air berdekatan takungan air kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, sekitar pukul 10 malam.
Kematian Zayn Rayyan kemudian diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.
Topic Berkaitan
#kes pembunuhan
#kanak-kanak austistik
#Zayn Rayyan Abdul Matiin
#takungan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan