MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Disember 2023.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang memulakan tugas secara rasmi hari ini untuk mengemudi semula Kementerian Kesihatan (KKM), menzahirkan tekad untuk melaksanakan agenda transformasi kesihatan digital secara menyeluruh.
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyelar Israel dan Amerika Syarikat (AS) berhubung peperangan yang berlaku di Semenanjung Gaza yang sehingga kini telah mengorbankan lebih 18,000 nyawa rakyat Palestin.
Mesyuarat Khas Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan pasca rombakan berlangsung di di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, pada Rabu.
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kini diselia Kementerian Komunikasi.
Datin Seri Rosmah Mansor mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal isytiharkan pendapatan kepada LHDN.
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun satu bulan oleh pengasuh di kawasan Sikamat di sini seperti yang tular di media sosial.
Benarkah pencerobohan di Gaza bertujuan menghapuskan pengaruh Hamas semata-mata atau Israel mempunyai tujuan lain?
Tiga individu dipercayai penagih dadah ditahan pihak polis selepas mass DNA screening atau ujian DNA secara beramai-ramai dilakukan di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Ahad.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet termasuk yang baharu dilantik bahawa tidak ada tempoh untuk berbulan madu, sebaliknya mereka perlu terus menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat.
Sehelai stoking telah dijumpai di dalam kawasan takungan air di anak sungai berdekatan lokasi mayat kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada 6 Disember lalu.