Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 5, 2024 15:48 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Januari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 Januari 2024.
1. 'Dikerah kerja lebih masa, pergerakan dikawal'
Semakan mendapati tiga pekerja lelaki itu ialah warga Myanmar berusia antara 13 hingga 17 tahun.
2. Insentif pemandu teksi, pengusaha bas sekolah dibayar 'one off' tahun ini
Bayaran akan dilakukan kepada semua pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah yang memenuhi syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri.
3. Hentikan usaha 'tebuk atap', cukuplah buang masa rakyat - Zahid
Katanya, rakyat mahu melihat kestabilan politik di negara dicapai dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kepercayaan kepada pelabur asing untuk masuk melabur.
4. Najib bincang usahasama dengan kerabat Arab Saudi tanpa saluran formal - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa percutian Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga di atas sebuah kapal persiaran pada 2009 bertukar menjadi perbincangan usahasama diplomatik yang tidak melalui saluran perbincangan yang sah dan formal.
5. Hamdan Senario meninggal dunia
Amggota kumpulan Senario, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, atau dikenali sebagai Hamdan Ramli, menghembuskan nafas terakhir hari ini.
6. Tun M nafi terlibat Langkah Dubai
Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan beliau terlibat dengan Langkah Dubai, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pakar dalam gerakan 'kerajaan pintu belakang'.
7. MCMC bantu naik taraf jaringan internet di 342 institusi pendidikan MARA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersetuju membantu menaik taraf jaringan rangkaian internet di 342 Institusi-Institusi Pendidikan MARA (IPMa) bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara digital dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar di institusi itu.
8. Dana RM700 juta: Dokumen diperoleh SPRM hampir lengkap
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih memerlukan kira-kira 20 peratus dokumen untuk dilengkapkan berhubung isu membabitkan penggunaan wang sebanyak RM700 juta bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.
9. HAWA mampu jadi wadah kepada masyarakat depani cabaran - Ahmad Zahid
Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) mampu menjadi wadah kepada masyarakat khususnya para wanita dan keluarga dalam mendepani cabaran serta isu yang menjadi kepentingan mereka.
10. Hannah suntik semangat Harimau Malaya, KBS sedia skrin besar di SNBJ
Skuad Harimau Malaya terus mendapat tonik terbaik menjelang kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb ini, apabila menerima suntikan semangat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
#berita pilihan #berita tempatan #Hawa #harimau Malaya