awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Dikerah kerja lebih masa, pergerakan dikawal'

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2024
01:30 MYT
'Dikerah kerja lebih masa, pergerakan dikawal'
Op Pintas Bersepadu (TIP) dilaksanakan oleh Bahagian D3 Atipsom JSJ Bukit Aman dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain di sebuah kilang kitar semula memproses barangan terpakai di Sungai Buloh, Selangor pada Khamis. - Foto Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Dikerah untuk bekerja dalam tempoh lama, tidak dibenar keluar selain pergerakan diawasi kamera litar tertutup (CCTV).
Itu nasib tiga pekerja asing bawah umur yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di sebuah kilang kitar semula barang elektronik di Kampung Baru Sungai Buloh dekat di sini, sebelum berjaya diselamatkan polis pada Khamis.
Operasi itu dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Task Force Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, Op Pintas Bersepadu itu dilaksanakan kira-kira jam 2.30 petang.
Menurutnya, semakan mendapati tiga pekerja lelaki itu ialah warga Myanmar berusia antara 13 hingga 17 tahun.
"Soal siasat awal mendapati mangsa menerima gaji sebanyak RM1,200 hingga RM1,300.
"Mangsa ini bekerja dalam tempoh waktu panjang bermula jam 9 pagi hingga 9 malam, selain tempat penginapan tidak kondusif, tidak dibenarkan keluar dari premis serta pergerakan dikawal CCTV," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, seorang lelaki warga India berusia 27 tahun berperanan sebagai penyelia kilang ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.
Soffian berkata, selain itu turut ditahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang juga pekerja kilang terbabit, terdiri daripada lima warga Bangladesh, India (3) dan Myanmar (2).
"Siasatan awal mendapati kilang ini telah beroperasi kira-kira setahun setengah dan kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga asing
#kilang kitar semula
#mangsa eksploitasi
#Soffian Santong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan