Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 27, 2024 15:49 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Februari 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Februari 2024.
1. Manoharan ganti Ammar sebagai Ketua Pengarah Pelancongan
Tourism Malaysia mengumumkan pelantikan bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia baharu.
2. Ringgit 'undervalued', BNM tingkat perbincangan galak aliran masuk - Gabenor
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meningkatkan perbincangan seiring usaha menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing.
3. Dewan Rakyat tegas, tidak tolak ansur jika YB langgar peraturan - Speaker
Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan mengambil sikap tegas dan tidak akan bertolak ansur terhadap Ahli Parlimen yang tidak mematuhi peraturan mesyuarat.
4. Tengku Zafrul jawab netizen persoal hasil pelaburan
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membalas komen-komen netizen di media sosial yang mempersoalkan hasil perolehan susulan pengumuman pelaburan negara dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.
5. JAKIM tidak terima sebarang bukti babit nasab 'Mawla Amin'
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab 'Mawla Amin' seperti didakwa pihak tertentu.
6. Kabinet lulus pembesaran LTAPP, kos lebih RM1 bilion - Anthony Loke
Usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang menelan kos melebihi RM1 bilion, telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
7. Kerja penyelenggaraan, pembaikan turut terbabit kenaikan cukai perkhidmatan
Dalam langkah mengejut, kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan cukai perkhidmatan sebanyak 6% — yang akan dinaikkan kepada 8% pada 1 Mac — merangkumi hampir semua jenis pekerjaan penyelenggaraan dan pembaikan (M&R), sementara perkhidmatan logistik tertentu diberi pengecualian.
8. Kurangkan kerenah birokrasi, peraturan menyusahkan - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihati penjawat awam di Selangor agar melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugasan dan tanggungjawab diamanahkan.
9. MSN siasat dakwaan salah laku seksual jurulatih para renang
Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengambil tindakan tegas termasuk penamatan kontrak dengan serta merta terhadap jurulatih yang didapati bersalah terbabit dengan isu salah laku dalam program latihan MSN.
10. Aidilfitri: Subsidi tiket penerbangan selama dua minggu libat kos besar - Loke
Permintaan untuk penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu akan melibatkan kos yang besar, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
#berita tempatan #berita dalam negara #cukai perkhidmatan #kerenah birokrasi