Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 1, 2024 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Mac 2024.
1. Muhyiddin rayu keputusan kembalikan kes guna kedudukan untuk suapan ke Mahkamah Sesyen
Bekas Perdana Menteri itu memfailkan rayuan berkenaan semalam, terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Rayuan Rabu lepas.
2. Perjanjian berkaitan pemulihan aset 1MDB tidak terperinci - Johari
Perkara itu merupakan faktor syarikat berkenaan mengambil kesempatan untuk tidak mahu membayar jaminan pemulihan aset berjumlah AS$1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia.
3. Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Bagaimanapun, mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.
4. Polis siasat kenyataan Abdul Hadi
PDRM menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.
5. Tempoh sebulan untuk Perkeso, Kesuma sediakan modul ‘upskilling’ baharu – PM Anwar
Perkeso dan Kementerian Sumber Manusia diberi tempoh sebulan untuk menyediakan modul latihan ‘upskilling’ yang baharu untuk pekerja.
6. KKM rekod 13 kes berkaitan cuaca panas, majoriti kelesuan haba
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 13 kes berkaitan cuaca panas sejak minggu pertama hingga kesembilan tahun ini.
7. Penelitian semula Skim Perubatan MADANI tidak hadkan akses penjagaan perubatan
Penelitian semula Skim Perubatan MADANI bukan bertujuan mengehadkan akses pesakit kepada penjagaan perubatan tetapi bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum untuk meningkatkan keberkesanan dan kemampanan projek berkenaan.
8. Saifuddin nafi dakwaan KDN pinda akta kawal media dalam talian
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
9. Sumbangan berbaloi rakyat Malaysia, atlet taekwando terlepas penerbangan hadiahkan emas
Pasukan taekwando dari pedalaman Sabah yang hampir 'berputih mata' untuk menyertai sebuah kejohanan antarabangsa sukan bela diri itu di ibu negara semalam, berjaya meraih emas hasil bantuan luar biasa rakyat Malaysia menyumbang dana bagi tiket penerbangan mereka.
10. Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
#berita pilihan #berita tempatan #aset 1MDB #Mahkamah Sesyen