Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 24, 2024 15:50 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Mac 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Mac 2024.
1. Ibu label jurulatih rasis, Joo Ngan tampil beri penjelasan
Kemelut melibatkan Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA), antara bekas presiden itu, Datuk Razlan Razali dan Jurulatih KLCA, Datuk Ng Joo Ngan, semakin memuncak apabila ibu bapa dan pelumba menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu semalam.
2. Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas lalu terbakar di Kilometer 23.5, Jalan Changkat Jong-Bidor dekat Kampung Ayer Hitam, di Teluk Intan, malam tadi.
3. Padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih rosak
Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih belum berada pada tahap terbaik berbaki dua hari sebelum perlawanan keempat Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman pada Selasa ini.
4. SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Sabtu, kerana disyaki terlibat melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.
5. Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa ugut, cedera lelaki
Tertuduh, Datuk Mohd Fared Abdul Ghani, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.
6. Polis maut dipukul: Lima lelaki ditahan
Seramai lima lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes memukul anggota polis sehingga maut di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di Kajang, pada Sabtu.
7. Ibu dakwa ada kesan kemerahan pada leher anak - Polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.
8. Orang ramai diminta henti perbuatan hina agama di media sosial - Mohd Na'im
Orang ramai diminta menghentikan perbuatan menghina agama di platform media sosial bagi mengelak suasana yang tidak baik dalam masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
9. Kanak-kanak 4 tahun ditemukan maut terjatuh kuarters kediaman di Sungai Buloh
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh pada Ahad.
10. Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia
Perlis, Hulu Perak di Perak serta Beaufort di Sabah menjadi tiga kawasan yang merekodkan gelombang haba atau suhu panas tahap dua iaitu suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut setakat 4.40 petang tadi.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita Malaysia