awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa ugut, cedera lelaki

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2024
07:30 MYT
Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa ugut, cedera lelaki
Mohd Fared (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret di Kota Bharu pada Ahad atas dua pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Bekas ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas dua pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki pada 6 Januari lalu.
Tertuduh, Datuk Mohd Fared Abdul Ghani, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.
Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak membunuh seorang lelaki berusia 40 tahun sambil memegang sebilah pisau.
Mengikut pertuduhan itu, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau keduanya.
Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas lelaki yang sama dan perbuatan tersebut didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan pada 6 Januari lebih kurang jam 10 malam di hadapan Kedai Nasi Lemak Dusun Muda, dekat Kampung Langgar di sini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid dan tertuduh diwakili peguam dari Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff.
Terdahulu, Muhammad Aiman Syahmi mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dengan syarat tambahan supaya tertuduh tidak ganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Peguam tertuduh memohon jaminan yang minimum memandangkan lelaki itu berusia 56 tahun dan mempunyai empat anak.
Katanya, anak guamnya memberi kerjasama yang baik itu menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan paru-paru lemah serta perlu menjalani pemeriksaan berkala di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Selain itu, mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai sebutan semula kes.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bekas ketua aktivis
#PPIM Kelantan
#ugutan jenayah
#sebabkan kecederaan
#mohd fared abdul ghani
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan