Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
April 6, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 April 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 April 2024.
1. Strok haba: Budak tiga tahun muntah, tidak sedar diri dalam kereta datuk
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang merupakan mangsa pertama strok haba di Kelantan mengalami muntah-muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri semasa bermain di dalam kereta datuknya di Kampung Teluk, Bachok, Jumaat lepas.
2. Pemandu pacuan empat roda maut, dua parah kemalangan babitkan tujuh kenderaan
Seorang pemandu pacuan empat roda maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres di Kilometer 425.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala selatan berhampiran Hospital Sungai Buloh, malam tadi.
3. Laporan polis dibuat terhadap penceramah, didakwa fitnah Fadhlina
Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan Angkatan Muda Keadilan Seremban pada Jumaat membuat laporan polis terhadap penceramah, Rosmin Adam berhubung ceramah yang didakwa memfitnah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di sebuah masjid di sini baru-baru ini.
4. Lapan lagi individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel ditahan - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu yang ditahan terdiri daripada lima lelaki tempatan, dua lelaki warga Turkiye dan seorang lelaki warga Georgia, berusia antara 29 hingga 60 tahun.
5. Menteri Agama tegur NGO bukan Islam ulas isu pindaan akta syariah
Semua pihak digesa tidak memberikan sebarang kenyataan bersifat spekulatif yang boleh mengelirukan mahupun mencetuskan kegusaran kepada orang awam berhubung cadangan pindaan Akta 355.
6. Kertas siasatan Ketua Pemuda UMNO, dirujuk Pejabat Peguam Negara minggu depan - KPN
Pihak polis telah merakam keterangan Dr Muhamad Akmal semalam dan kertas siasatan sedang dilengkapkan, sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu hadapan.
7. 123 peratus isu 3R direkod pada suku pertama 2024
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi e-Sepakat merekodkan 123 peratus bersamaan 47 kes berkaitan 3R (agama, raja, kaum) direkodkan pada suku pertama pada tahun 2024 iaitu melibatkan isu agama, kenyataan berbaur kebencian dan perkauman.
8. PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
9. Tengku Zafrul kongsi lima pendekatan kembalikan kegemilangan UMNO Selangor
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi lima pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan UMNO di Selangor.
10. Lenyap kebencian, jangan dustai nikmat keamanan
Rakyat Malaysia disaran agar mengingati kekuatan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
#berita pilihan #berita tempatan #Peguam Negara #strok haba