BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang merupakan mangsa pertama strok haba di Kelantan mengalami muntah-muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri semasa bermain di dalam kereta datuknya di Kampung Teluk di sini, Jumaat lepas.
Muhamad Abil Qaiz Faizal Fazrin dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia Isnin lalu semasa menerima rawatan susulan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Nenek kanak-kanak itu, Zainun Mat Amin, 54, berkata ketika kejadian Muhamad Abil Qaiz sedang bermain dengan abang dan adik kembarnya di dalam kereta Proton Iswara milik datuk mereka di belakang rumah.
"Ketika itu abang dan adik kembarnya mahu pulang tetapi Muhamad Abil Qaiz masih ingin bermain di dalam kereta itu pada kira-kira jam 12 tengah hari.
"Kemungkinan mangsa terkurung di dalam kereta itu dan hanya ditemui dalam keadaan separuh sedar kira-kira dua jam selepas itu," katanya kepada pemberita di Kampung Teluk, di sini semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Roslina Rusli, 26, berkata ketika kejadian beliau sedang membuat kuih dan mangsa ada memberitahu mahu mengikut abang, Muhamad Aqil Amsyar, 7, dan adik kembarnya Muhamad Abeel Waiz bermain di belakang rumah.
"Saya ada memberinya air ketika itu dan langsung tidak menyangka sesuatu berlaku yang menyedihkan selepas itu kerana mereka pernah bermain di sana (kereta datuk).
"Saya dan suami Faizal Fazrin Rosidi, 33, reda dengan ketentuan Tuhan dan menganggapnya sebagai ujian terbesar dalam hidup kami," katanya.
Dalam pada itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Husin mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strok haba pada jam 11.20 pagi pada Isnin lepas ketika dirawat di HUSM Kubang Kerian.
"Pihak jabatan kesihatan menasihatkan ibu bapa supaya memantau dan mengehadkan aktiviti di luar rumah terutama membabitkan anak-anak kecil ketika musim kemarau," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Roslina berkata dia dan suami reda dengan ketentuan Tuhan dan menganggapnya sebagai ujian terbesar dalam hidup mereka. - Foto BERNAMA
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
Golongan berisiko diingat elak terdedah terlalu lama pada cuaca panas ketika beraya
Golongan warga emas, mereka yang mempunyai penyakit dan kanak-kanak berisiko terdedah kepada strok haba.
Masyarakat jangan ambil mudah strok haba - Pakar kesihatan
Masyarakat diminta sentiasa peka dan tidak mengambil mudah dengan risiko strok haba berikutan fenomena El-Nino yang boleh membawa maut.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 April 2024.
Cuaca panas: Orang ramai dinasihat elak pakaian tebal, ketat ketika aktiviti luar
Jika ada gejala berkaitan suhu panas, segera keluar daripada kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah pada badan.
Strok haba: Budak tiga tahun muntah, tidak sedar diri dalam kereta datuk
Muhamad Abil Qaiz dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok namun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan susulan di ICU HUSM Kubang Kerian.