Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
April 28, 2024 15:56 MYT
April 28, 2024 15:56 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
Khairul Azhari melanjutkan pengajian melalui program profesional di bawah UMPSA Advanced dan menerima sarjananya pada majlis konvokesyen pada tahun 2021.
Beliau berkata Putrajaya menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan Eropah, dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan dua hala yang mantap dengan China, Korea Selatan dan Jepun.
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat SPRM kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya bagi projek pembekalan
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Seorang rakyat Malaysia bukan Islam, P Tanabalan, 37, yang menyertai kembara motosikal ke Makkah bersama 18 individu lain sejak 20 Mac lalu berjaya tiba di Madinah pada Sabtu selepas 40 hari ekspedisi itu.
Tiga anak Allahyarham Pegawai Waran II Nurfarahimi Mohd Saedy sudah mula memahami dan menerima kejadian yang menimpa ibu mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).