MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Mei 2024.
Inisiatif tersebut akan dilakukan dalam pelaburan patuh syariah bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan dan memangkin ekosistem teroka.
Noor Hisham berkata, golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah sebelum ini dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
Sebanyak 30,375 pendaratan penyu dicatatkan di perairan Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada 2023 berbanding tahun sebelumnya sebanyak 27,324.
Pegawai Penyiasat SPRM Penguasa Kanan Nur Aida Ariffin berkata Najib telah mengarahkan beberapa tindakan untuk menyekat siasatan SPRM termasuk menutup kes itu.
5. Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
5. Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan tersebut antara lima sasaran dalam NSS, yang akan meliputi tiga fasa.
6. Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok
6. Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Rosmah, 72, selaku plaintif selepas Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 34.
Malaysia menerajui dunia dalam penggunaan dompet mudah alih, dengan 63 peratus rakyat Malaysia menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli-belah, kata platform teknologi kewangan global, Adyen.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kuasa kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh Kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah meneliti dan memeriksa hal berkaitan pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada Ramachandran Muniandy, iaitu suami kepada Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan meneliti laporan sebuah badan pemerhati alam sekitar yang mendakwa negara berisiko kehilangan kira-kira 3.2 juta hektar hutan semula jadi antaranya akibat aktiviti pembalakan dan penanaman kelapa sawit.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami