awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2024
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 September 2024.
1. Pendakwah selebriti mengaku tidak bersalah guna gelaran Datuk palsu
Seorang pendakwah selebriti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis atas kesalahan menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf.
2. Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Kantin Sekolah Kebangaaan (SK) Chepor diarah tutup selama 14 hari mulai semalam, selepas 101 orang murid mengalami keracunan makanan.
3. Suami isteri ditahan, dipercayai dera anak berusia 3 tahun
Pasangan suami isteri warga tempatan ditahan selepas dipercayai mendera anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sehingga dimasukkan ke hospital.
4. GISB: Guru agama dipenjara 10 tahun rotan kanak-kanak lelaki, tekan dada guna lutut
Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan.
5. Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Baginda tidak mahu umat Islam sentiasa bermusuhan antara satu sama lain dan menyeru untuk memaafkan sekiranya yang memohon maaf itu berniat ikhlas.
6. Semua premis GISB di Sabah, Sarawak tidak lagi beroperasi - KPN
Walaupun premis terbabit tidak lagi beroperasi, pihaknya akan cuba mengenal pasti individu yang terlibat untuk didakwa.
7. PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.
8. Tiada lagi beg plastik di 20 pasar raya, kedai serbaneka, rangkaian farmasi mulai 1 Okt ini - Nga
Sebanyak 20 pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka, serta kedai rangkaian farmasi, kesihatan dan kecantikan akan menghentikan penggunaan beg plastik sepenuhnya di 8,000 premis perniagaan mereka bermula 1 Okt ini.
9. Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa satu daripada akaun bank AmIslamik beliau yang menerima deposit AS$70 juta telah digunakan sebagai akaun untuk tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan bukannya akaun peribadi.
10. GISB: Sikap kultus dan mendewakan pemimpin harus diperangi habis-habisan - Dr MAZA
Mana-mana ajaran yang menganjurkan pengikutnya dengan sikap mengagungkan serta taat secara membuta tuli haruslah dibanteras habis-habisan.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan