MALAYSIA
PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Taman Alam Sutera, Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedia mengisytiharkan harta pada bila-bila masa sebagai contoh kepimpinan yang baik.Anwar menegaskan kepentingan tatakelola yang baik untuk mengangkat darjat Islam dan mengkritik mereka yang takut mengisytiharkan harta.Kerajaan kini memerangi rasuah dan penyelewengan, dengan Anwar menekankan isu kebocoran dana dalam kontrak yang melibatkan ratusan juta hingga bilion.
Sebelum ini, Ketua Whip Perikatan Nasional Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pengisytiharan harta, yang merupakan antara syarat terkandung dalam Memorandum Persefahaman berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, hanya perlu dilakukan apabila melibatkan anggota pentadbiran seperti diamalkan oleh kerajaan terdahulu.
Anwar juga berkata kerajaan pimpinannya sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan.
"Ada pihak bicara soal Melayu, agama dan Islam tapi sebenarnya rompak hasil dan kekayaan negara. Saya tidak mahu hal ini berlaku, saya tidak maksud dah berlaku di sini.
"Dalam keadaan kita semak hampir setiap kontrak, ada sahaja bocornya, ada sahaja hilang dananya. Negara mana mampu maju kalau tiap kali ada tiris dan ia bukan sedikit, ratusan juta dan bilion," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami