awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
28 kenderaan terlibat nahas di lebuh raya Jerman akibat tayar lori pecah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2024
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 November 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 November 2024.
1. Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
Dr Mahathir berkata, beliau tidak pernah menyaksikan kekejaman seperti yang sedang berlaku di dunia yang "kononnya bertamadun."
2. Isu FashionValet: Vivy Yusof, suami sambung beri keterangan kepada SPRM
SPRM merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar hari ini.
3. Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Edgard D Kagan memuji demokrasi Malaysia yang menunjukkan perubahan kerajaan secara aman sebagai contoh kebijaksanaan demokrasi.
4. GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Kerajaan tidak boleh melakukan tindakan secara sembrono seperti melepas dan membebaskan semua kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global.
5. Bayaran akhir STR disalur secara berperingkat bermula esok - MOF
Kerajaan akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula esok kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
6. A.S. Memilih: Trump isytihar kemenangan
Donald Trump mengisytiharkan kemenangannya selepas beliau mendahului keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
7. Op Favish: SPRM beku akaun persendirian, syarikat Vivy dan Fadza bernilai kira-kira RM1.1 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.
8. Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pasangan dan pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
9. A.S. Memilih: Anwar ucap tahniah buat Trump, bakal bawa lembaran baharu kerjasama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump, susulan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
10. Lima video kemalangan ditayang di mahkamah dalam kes DSP didakwa bunuh pelajar
Hari kedua perbicaraan kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang dituduh membunuh seorang pelajar 17 tahun menyaksikan tayangan lima video memaparkan insiden didakwa menjadi punca kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie pada 15 Dis tahun lepas.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan