awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu FashionValet: Vivy Yusof, suami sambung beri keterangan kepada SPRM

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2024
03:50 MYT
Isu FashionValet: Vivy Yusof, suami sambung beri keterangan kepada SPRM
SPRM dijadualkan menyambung proses merekod keterangan Vivy dan Fadzaruddin pagi ini.- Gambar/ IG Vivy Yusof
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadualkan menyambung proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar hari ini.
Bagaimanapun, kumpulan pengamal media yang berkumpul hadapan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, untuk membuat liputan kes itu sejak awal pagi, belum melihat kehadiran pasangan usahawan terbabit di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi memberitahu proses siasatan masih berjalan, dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan siasatan kes berkenaan dari semasa ke semasa.
SPRM rakam percakapan Vivy dan Suami
Proses mengambil keterangan Vivy dan Fadzaruddin dijangka berlangsung di Ibu Pejabat SPRM pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Semalam, SPRM mengambil keterangan pasangan itu di lokasi sama selepas mereka hadir pada jam 2.30 petang dan selesai pada jam 10 malam.
Ia susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.
Vivy dan Fadzaruddin antara enam individu yang dirakam percakapan susulan serbuan SPRM di empat lokasi iaitu pejabat FashionValet, selain Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah dan PNB, sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#Khazanah
#pelaburan
#fashion valet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan