NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 28/03/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Mac 2025.

1. Tragedi menjelang Syawal: Lima maut termasuk tiga beranak, tayar treler pecah masuk laluan bertentangan

Lima orang termasuk tiga sekeluarga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan, dalam kejadian di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sedenak, malam tadi.

2. Nahas Padang Besar: Remaja 16 tahun meninggal dunia selepas 20 hari bertarung nyawa

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang terlibat dalam kemalangan tragis yang meragut nyawa bapanya, seorang pesara tentera, pada 7 Mac lalu berhampiran Padang Besar, meninggal dunia semalam, selepas 20 hari bertarung dengan kecederaan serius di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

3. Awasi komen di media sosial, elak padah dikenakan tindakan undang-undang

Akhir-akhir ini, media sosial semakin menjadi tumpuan susulan dipenuhi dengan komen dan pandangan berbentuk spekulasi serta provokasi daripada netizen berkaitan pelbagai isu, menjadikannya semakin sukar untuk dikawal.


4. Rasionalisasi RON95: Golongan pendapatan rendah tidak terkesan - PM Anwar

Perdana Menteri menegaskan rasionalisasi subsidi RON95 yang akan dilaksanakan kelak tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.


5. Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Myanmar, gegaran turut dirasai di negara jiran

Gegaran akibat gempa tersebut turut menggemparkan penduduk di selatan Thailand, dengan ratusan orang dilaporkan bergegas keluar dari bangunan sebagai langkah keselamatan.


6. Berita buruk: 'Kami semua terdiam, Fatimah London perlu kembali ke hospital' - Ibu

Tanpa memaklumkan secara jelas mengenai status kesihatan Fatimah, Nor Ashila menyifatkan bahawa mereka sendiri tidak bersedia sepenuhnya untuk menerima 'berita buruk'.


7. Kemalangan 5 maut: Siasatan terperinci, tindakan tegas akan diambil - Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan siasatan terperinci dan telus akan dijalankan berhubung kemalangan maut yang meragut lima nyawa di KM58.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Kluang, Johor malam tadi.


8. JAKIM kesal insiden hina Nabi Muhammad - KP

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kesal dengan insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W di media sosial baru-baru ini.


9. PM Anwar zahir kebimbangan mendalam susulan gempa bumi di Myanmar dan Thailand

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah Myanmar dan utara Thailand sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis serta kemusnahan teruk di Mandalay, Bangkok serta kawasan berhampiran.


10. Gempa bumi: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terjejas di Myanmar dan Bangkok

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon dan Bangkok mengesahkan semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat serta tidak terjejas setakat ini.




#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI