MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 April 2025.
Lim Keng Cheng berkata, visinya terhadap pengurusan Menara Kuala Lumpur adalah berteraskan nilai kasih sayang dan kesinambungan, khususnya dalam memastikan kebajikan semua pekerja sedia ada terus terpelihara.
Jangan sesekali meletakkan kesalahan di bahu pelajar atau guru sekiranya berlaku kes buli di asrama atau sekolah, tegas Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Pendekatan perdagangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disifatkan sebagai tindakan 'semberono' yang bersifat ugutan dan pemerasan, kata Felo Kanan Geostrategi Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan.
Saksi pendakwaan mengesahkan imej kanak-kanak dalam rakaman CCTV, tetapi wajah tidak dapat dikenal pasti kerana halangan pagar dan jarak kamera.
5. Exco, ADUN Selangor potong gaji bantu mangsa kebakaran gas Putra Heights
5. Exco, ADUN Selangor potong gaji bantu mangsa kebakaran gas Putra Heights
Jumlah sumbangan dianggarkan sebanyak RM102,050, dengan Tabung Prihatin Selangor telah mengumpul lebih RM500,000 untuk membantu mangsa.
6. Yusoff Rawther gagal buka pintu kereta semasa serbuan - Saksi
6. Yusoff Rawther gagal buka pintu kereta semasa serbuan - Saksi
Tertuduh tidak dapat membuka pintu pemandu Nissan Teana miliknya semasa serbuan polis, sebelum beg hitam mengandungi dua pistol tiruan dan dadah dijumpai dalam kenderaan itu.
Hakim Musli Ab Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja'afar @ Ang Chui Thong, 38, selepas dia mengaku bersalah atas 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan CBT.
8. Kebakaran gas Putra Heights: 219 ketua isi rumah selesai terima bantuan kewangan segera - Amirudin
Sebanyak 219 daripada 469 ketua isi rumah yang terbabit dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya telah menerima bantuan segera seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
1MDB dan 10 anak syarikatnya hari ini menarik balik saman terhadap wanita warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani, berhubung pembelian barangan mewah bernilai lebih USD346 juta, yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB yang diseleweng.
Kerajaan memberi jaminan bahawa proses mahkamah berhubung semakan kehakiman terhadap kesahan perlembagaan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK) akan berjalan tanpa sebarang campur tangan atau prejudis, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami