NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 10/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 April 2025.
1. Kebakaran gas Putra Heights: JTK terima aduan mangsa diarah ambil cuti tanpa gaji
Jabatan Tenaga Kerja mengenal pasti seramai 54 pekerja daripada 51 majikan yang terkesan akibat insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, baru-baru ini.
2. Mark Milligan sah tinggalkan Harimau Malaya selepas dua bulan dilantik
Pembantu ketua jurulatih Harimau Malaya, Mark Daniel Milligan, secara rasminya meninggalkan pasukan itu selepas diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini.
3. Fail cerai: Culas jalankan tanggungjawab dan pengabaian antara tuntutan Zehra Zambri
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Muhd Iqwan Samsudin berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh isterinya.
4. Dua penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan bawah Akta 301
Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 berkuat kuasa pada 10 Mac lepas terhadap dua tajuk penerbitan yang mungkin memudaratkan ketenteraman dan kepentingan awam.
5. Kebakaran gas Putra Heights: Struktur rumah disahkan selamat, 301 keluarga dibenarkan pulang - Polis
Ia susulan pemeriksaan rapi yang dijalankan oleh JBPM, JKR dan TNB terhadap rumah-rumah yang terkesan dalam insiden berkenaan.
6. Tarif Trump: Tekanan AS ke atas China beri impak signifikan kepada ekonomi ASEAN – PM Anwar
ASEAN perlu mengekalkan hubungan bilateral yang kukuh dengan Amerika Syarikat dan rakan dagang lain seperti China, Jepun, dan Korea Selatan untuk melindungi ekonomi domestik.

7. MB Terengganu dakwa dilabel 'TCO', telefon dipintas
Tindakan tersebut berlaku sejak suku ketiga tahun lalu, menyebabkan beliau 'ditahan' dan dibawa ke tepi, setiap kali keluar-masuk sempadan.
8. Lima warga Pakistan terima penghargaan selepas selamatkan mangsa kebakaran paip gas
Kelima-lima mereka telah dipanggil untuk menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia di kedutaan negara itu, pada Rabu.
9. Sekutu Jho Low masukkan wang tunai ke dalam akaun Najib - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa seorang sekutu ahli perniagaan yang sedang diburu pihak berkuasa Low Taek Jho atau Jho Low, memasukkan wang tunai ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak, antara 2014 dan 2015.
10. UMNO mohon pindah milik tanah daripada Tun Mahathir, tiga yang lain
UMNO memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah di ibu kota berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepada parti politik berkenaan.
#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #berita Malaysia #Berita AWANI