NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 April 2025.
Suasana suram menyelubungi Masjid Negara hari ini dengan orang ramai mula hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia petang semalam.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kembali ke Rahmatullah malam tadi.
Sajak nukilan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi berjudul "Ku Cari Damai Abadi" kembali dikongsi rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang sebagai tanda penghormatan dan kenangan terhadap Perdana Menteri Kelima itu.
Terdahulu, lebih 3,000 hadirin termasuk pemimpin negara, orang kenamaan, serta orang awam menyertai solat jenazah untuk negarawan itu yang disempurnakan di Dewan Solat Utama selepas zohor.
Tertuduh ke-13 berkata dia turut mengikut Mohamad Nazmie Aizzat kembali ke bilik asrama mereka di 7 Resak.
6. Lawatan Presiden Xi papar komitmen China perkukuh hubungan dengan Malaysia, ASEAN
6. Lawatan Presiden Xi papar komitmen China perkukuh hubungan dengan Malaysia, ASEAN
Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia memaparkan komitmen Beijing dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan ASEAN, melonjakkan kerjasama serantau selain meningkatkan hubungan dua hala negara itu dengan Putrajaya.
Barisan Nasional (BN) giat meraih sokongan dalam kalangan pengundi muda dan luar kawasan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, dengan pimpinan parti mengakui kadar keluar mengundi bakal menjadi faktor penentu dalam saingan yang semakin mendapat perhatian ramai.
Malaysia sedang menunggu kelulusan kerajaan Myanmar untuk menghantar pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi melaksanakan misi kemanusiaan susulan kejadian gempa bumi yang melanda negara itu, 28 Mac lepas.
Siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock kini berada di peringkat akhir, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, antara 16 atlet yang disenaraikan di bawah Program Road to Gold (RTG) bagi persiapan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami