MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 22/04/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 April 2025.


1. Tiga lelaki berparang samun taska, tampar guru depan budak

Tiga lelaki bersenjatakan parang menyamun sebuah taska dan bertindak agresif dengan menampar seorang guru wanita dalam kejadian di Tali Air 11, Pasir Panjang, Sabak Bernam, semalam.



2. Saya tidak boleh duduk diam - Jijoe

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mengakui tidak boleh duduk diam, sebaliknya sentiasa dahagakan suasana latihan keras kerana ia merupakan rutin sejak 20 tahun lalu.


3. KDN siasat video papar Jalur Gemilang tidak lengkap pada ekspo bayi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan siasatan berhubung satu video yang memaparkan Jalur Gemilang tidak lengkap pada sebuah ekspo bayi di ibu negara baru-baru ini.


4. Ismail Sabri sambung beri keterangan Khamis ini

Ismail Sabri disiasat sebagai suspek dalam kes melibatkan wang tunai RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam serbuan SPRM.


5. Video tular pukul 'setengah mati': Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan

Tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa berusia 21 tahun pada Sabtu.


6. Penipuan pelaburan: Tan Sri antara ditahan, aset RM3.5 bilion termasuk dusun durian dirampas, beku

Tangkapan dibuat menerusi Op Northern Star atara 18 hingga 21 April di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air.


7. PLKN Siri 2/2025 bermula 11 Mei di dua kem askar wataniah

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2/2025 akan bermula dari 11 Mei hingga 24 Jun ini di dua lokasi iaitu Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang.


8. PRK Ayer Kuning: BN lebih berminat 'jual' calon berbanding hentam lawan

Barisan Nasional (BN) lebih berminat untuk 'menjual' calonnya berbanding menghentam pihak lawan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.


9. Naib Presiden PKR Nurul Izzah tersenarai dalam kalangan 30 individu berpengaruh

Pengasas bersama dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar disenaraikan antara 30 individu berpengaruh dalam 'Project Syndicate Forward Thinkers List'


10. Kesan darah di dalam bilik adalah milik Zayn Rayyan - Saksi

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan..






#berita pilihan #tempatan #Mahkamah Sesyen #PRK Ayer Kuning