NATIONAL
Ismail Sabri sambung beri keterangan Khamis ini

Azam berkata, rakaman kali ini adalah berhubung dengan pengisytiharan harta yang dibuat beliau sebelum ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merekodkan keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram Khamis ini.
Ringkasan AI
- SPRM akan merekodkan keterangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 April berkaitan pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009.
- Ismail Sabri disiasat sebagai suspek dalam kes melibatkan wang tunai RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam serbuan SPRM.
- Setakat ini, seramai 33 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes tersebut.
"Kenyataan beliau dijangka akan diteruskan pada Khamis ini, 24 April. Jadi Datuk Ismail Sabri dipanggil semula ke SPRM untuk meneruskan rakaman percakapan beliau dan seperti mana saya pernah sebutkan dulu, kali ini adalah sekitar berhubung dengan isytihar harta yang telah dibuat oleh beliau kepada kita di bawah Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009," katanya.
Azam menjawab ringkas pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen CeIO kali ke-11 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Setakat ini, seramai 33 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Pada 3 Mac lalu, Azam berkata, Ismail Sabri ialah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah safe house hasil serbuan SPRM.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami