NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 April 2025.
1. Subsidi telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos
Kerajaan memutuskan untuk menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi bagi telur ayam bermula 1 Ogos ini.
2. Pusingan U bertukar tragedi: Bayi perempuan maut, ibu bapa cedera
Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), Batu Gajah, di sini petang Selasa.
3. Ahli Parlimen Pulai dirawat di ICU
Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri pada malam Selasa akibat paras oksigen rendah dalam badan.
4. Empat termasuk seorang Datuk Seri direman bantu siasatan tuntutan palsu
Individu terbabit disyaki mengemukakan tuntutan palsu melibatkan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.3 bilion.
5. Kebakaran gas Putra Heights: Peruntukan RM46 juta bantu bina semula kediaman - Nga
Jemaah menteri meluluskan RM40 juta menerusi Tabung Amanah Bencana Perumahan Negara untuk membaik pulih kediaman mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights.
6. Ibu tarik diri, Shuhada perlu bawa anak pulang
Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan pelakon Hafidz Roshdi mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya sepanjang cuti persekolahan selama dua minggu bermula 29 Mei depan.
7. PTPTN umum dividen Simpan SSPN 4.05%, tertinggi dalam tempoh 10 tahun
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen sebanyak 4.05 peratus bagi Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2024, kadar tertinggi yang direkodkan dalam tempoh sedekad.
8. PM minta kerajaan tidak terlalu selesa dengan kemenangan di DUN Ayer Kuning - Fahmi
Perkara itu disuarakan Perdana Menteri dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan daripada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan tersebut.
9. NRES buka 10 kertas siasatan aktiviti seludup hidupan liar di KLIA
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan ia melibatkan aktiviti penyeludupan spesies eksotik atau tempatan seperti kura-kura, ular, burung dan primat.
10. Kenyataan fitnah: Papagomo mohon maaf kepada Ketua Polis Negara
Permohonan maaf berkenaan berkaitan dua hantaran media pada Januari, walaupun terdapat perintah mahkamah bertarikh 31 Dis lepas yang melarang penulis blog itu daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.