awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat termasuk seorang Datuk Seri direman bantu siasatan tuntutan palsu

Bernama
Bernama
30/04/2025
08:41 MYT
Empat termasuk seorang Datuk Seri direman bantu siasatan tuntutan palsu
Mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu melibatkan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.3 bilion. - Foto SPRM
PUTRAJAYA: Empat individu termasuk seorang bergelar 'Datuk Seri' direman empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kira-kira RM360 juta.

Ringkasan AI
  • Empat individu termasuk seorang bergelar 'Datuk Seri' direman selama empat hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung tuntutan palsu bernilai RM360 juta.
  • Individu terbabit disyaki mengemukakan tuntutan palsu antara tahun 2016 hingga 2017, melibatkan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.3 bilion.
  • SPRM mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, dengan ketua operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan penahanan suspek.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.
Menurut sumber, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50-an dan 70-an itu telah ditahan antara 4 hingga 6 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
"Siasatan awal mendapati kesemua individu itu dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2016 hingga 2017.
"Mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM1.3 bilion," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri direman
#SPRM
#butir matan palsu
#projek pembinaan lebuh raya
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami