MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 25/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Jun 2025.
1. Kes dana Armada: Syed Saddiq bebas hukuman penjara, sebatan dan denda RM10 juta
Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.
2, Perzim usaha dapatkan akses dokumen sejarah Melaka di pelbagai negara
Akses itu termasuk dokumen memaparkan kisah Panglima Awang dan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sebelum abad ke-15.
3. Presiden Republik Kyrgyz diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketibaan beliau pada jam 9 pagi disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, diikuti lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebagai tanda hormat.
4. SPRM mohon lucut hak Menara Ilham, beberapa aset milik Tun Daim, isteri
SPRM akan memfailkan permohonan melucut hak ke atas beberapa aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin, isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid serta proksi mereka.

5. 11 syarikat kenderaan barangan, 17 syarikat bas ekspres miliki saman tertunggak tertinggi - Loke
Kementerian Pengangkutan mendedahkan senarai 11 syarikat pengendali kenderaan barangan dan 17 syarikat bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertunggak tertinggi.
6. Pelajar cemerlang 10A SPM 2024 mohon Program Matrikulasi akan dapat tempat - KPM
Semua pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas dan memohon untuk Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.
7. Kota MADANI di Presint 19 bukan 'Putrajaya kedua'
Projek pembangunan Kota MADANI yang bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan 'Putrajaya kedua' seperti yang didakwa beberapa pihak, sebaliknya ia sebahagian daripada pelan induk pembangunan Putrajaya sedia ada.
8. Pelantikan Leftenan Jeneral: Pemimpin Pas perlekeh kepercayaan ATM, Yang di-Pertuan Agong - Steven Sim
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim membidas Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad, yang mempertikai pelantikan Datuk Johny Lim Kean Seng sebagai Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
9. Caruman mandatori KWSP kepada pekerja asing bermula Oktober ini
KWSP akan melaksanakan caruman mandatori bagi pekerja bukan warganegara Malaysia bermula Oktober ini sebagai langkah memperkukuh perlindungan sosial dan menyokong amalan pekerjaan lebih adil selaras piawaian antarabangsa.
10. Rasuah mineral Sabah: Dua ADUN dan ahli perniagaan akan didakwa 30 Jun
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bersama seorang ahli perniagaan dikenali sebagai 'Albert Tei' akan didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 30 Jun ini berhubung skandal rasuah berkaitan lesen cari gali mineral di negeri itu.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI