MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 05/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Julai 2025.


1.Kontraktor diberi tempoh hingga esok baiki jalan rosak di Lebuh Raya Pasir Gudang - Exco

Kerajaan Johor memberi tempoh sehingga esok kepada kontraktor terlibat dalam projek pelebaran jalan di Lebuh Raya Pasir Gudang untuk menyegerakan kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan di kawasan terbabit.



2. Wan Arif-Roy King berdepan kekeliruan untuk adaptasi falsafah Herry - Rexy

Beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King berdepan kekeliruan sehingga sukar untuk mengadaptasi falsafah permainan yang cuba diterapkan ketua jurulatih Herry Iman Pierngadi.


3. Dua penjenayah buruan polis ditembak mati di Jitra

Dua penjenayah yang menjadi buruan polis ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan dekat Jitra, pada Sabtu.


4. Ada kemungkinan saya tidak sertai PRU-16 - Rafizi

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli beri bayangan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.


5. Halang laluan lebuh raya: Dua lagi ejen kereta ditahan

Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi telah ditahan polis pada Jumaat.


6. Sebar video seks bersama isteri-isteri, penceramah bebas ditahan polis

Seorang penceramah bebas ditahan polis selepas dipercayai menyebarkan video seks yang memaparkan dirinya bersama isteri-isteri dan wanita lain.


7. PRU: UMNO mulakan kajian, fokus tawan semula kerusi dimenangi Bersatu dan Pas - Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) berhasrat merampas semula beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang kini dikuasai Bersatu dan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


8. ESSZone Sabah destinasi selamat, aman dikunjungi - Saifuddin Nasution

Sabah khususnya kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) merupakan destinasi yang aman dan selamat untuk dikunjungi pelancong luar negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


9. Galeri Nurly Sahirah akan diwujudkan di UPSI - Mohd Na'im

Sebuah galeri khas akan diwujudkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dinamakan sempena pelajarnya Allahyarham Nurly Sahirah Azman, yang terkorban dalam kemalangan tragik di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak, bulan lepas.


10. Tiada ejen dilantik, urusan Imigresen hanya di pejabat - KP Imigresen

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen bagi menguruskan perkhidmatan berkaitan urusan imigresen, dan semua urusan berkaitan hendaklah dilakukan secara rasmi di Pejabat Imigresen.



#berita pilihan #tempatan #UMNO #Jabatan Imigresen Malaysia