awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada ejen dilantik, urusan Imigresen hanya di pejabat - KP Imigresen

Bernama
Bernama
05/07/2025
12:45 MYT
Tiada ejen dilantik, urusan Imigresen hanya di pejabat - KP Imigresen
Zakaria berkata orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau iklan di media sosial yang menjanjikan penyelesaian urusan imigresen melalui 'pintu belakang'. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen bagi menguruskan perkhidmatan berkaitan urusan imigresen, dan semua urusan berkaitan hendaklah dilakukan secara rasmi di Pejabat Imigresen.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau iklan di media sosial yang menjanjikan penyelesaian urusan imigresen melalui 'pintu belakang'.
"JIM tidak akan berkompromi dan akan meneruskan pemantauan serta siasatan terhadap akaun media sosial yang dikesan menjalankan aktiviti penipuan ini sebelum tindakan undang-undang diambil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata pihaknya memandang serius kewujudan beberapa akaun media sosial yang secara terbuka mempromosikan perkhidmatan berkaitan urusan masuk dan keluar negara, penghapusan status 'blacklist' dalam sistem JIM serta tawaran permohonan program Rekalibrasi Tenaga Kerja palsu kepada warga asing termasuk pendatang tanpa izin.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati akaun-akaun tersebut mengenakan bayaran tertentu bagi setiap 'perkhidmatan' yang ditawarkan.
"Aktiviti ini disahkan sebagai satu bentuk penipuan dan cubaan memperdaya orang ramai dengan memperalatkan nama JIM bagi mengaut keuntungan secara tidak sah," katanya.
Beliau berkata Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri dan JIM akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan dan pemantauan terhadap kegiatan haram yang boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap sistem imigresen negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#media sosial
#warga asing
#aktiviti penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan