MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 18 Ogos 2025.
1. Jangan jadikan kematian mangsa buli sebagai senjata politik - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan kematian mangsa buli sebagai senjata politik.
2. Penuntut kolej ditemui mati tergantung: Polis siasat kes bunuh, suspek mungkin individu dikenali
Polis percaya kes kematian seorang penuntut kolej wanita berusia lingkungan 20-an yang ditemui tergantung pada kipas siling di ruang tamu kediamannya di USJ 2/1, Khamis lalu, merupakan kes bunuh yang berkemungkinan dilakukan oleh individu yang dikenali mangsa.
3. Inkues kematian Zara Qairina bermula 3 hingga 30 September
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini menetapkan tarikh pendengaran inkues bagi kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir bermula 3 hingga 30 September depan.
4. Agong titah kerajaan laksana kempen antibuli di peringkat sekolah rendah
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.
5. Kematian Zara Qairina: Tiada 'cover up', siasatan dapati tiada penglibatan cucu TYT, isteri menteri - Saifuddin
Siasatan polis terhadap kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sekolah selaku isteri menteri seperti didakwa sesetengah pihak.
6. Dua kali ibu Zara Qairina ditanya mengenai bedah siasat, mahu segerakan pengebumian - Saifuddin
Ibu pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir telah ditanya sebanyak dua kali mengenai pelaksanaan proses bedah siasat semasa berada di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah.
7. ‘Manusia atau binatang?’ – PM Anwar ulas isu buli hingga bawa kematian
Dalam negara menuju ke arah kemajuan teknologi, termasuk dengan penerapan kecerdasan buatan (AI), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan elemen kemanusiaan tidak boleh diketepikan sama sekali.
8. Kes Zara Qairina: Lima pelajar didakwa atas kesalahan buli Rabu ini - Peguam Negara
Lima pelajar perempuan akan dituduh di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu ini berhubung kes melibatkan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
9. Kes Zara Qairina: Barisan peguam harap pertuduhan di bawah Seksyen 507D(2)
Barisan peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir berharap pertuduhan kes itu dilakukan di bawah Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan.
10. Kerjasama erat pemimpin negeri, persekutuan penting demi kesejahteraan rakyat - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh serta inklusif.