awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Zara Qairina: Lima pelajar didakwa atas kesalahan buli Rabu ini - Peguam Negara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/08/2025
09:36 MYT
Kes Zara Qairina: Lima pelajar didakwa atas kesalahan buli Rabu ini - Peguam Negara
Pertuduhan terhadap remaja bawah umur itu akan dijalankan di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lima pelajar perempuan akan dituduh di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu ini berhubung kes melibatkan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Ringkasan AI
  • Lima pelajar perempuan akan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu atas kesalahan membuli Zara Qairina Mahathir.
  • Prosiding akan dijalankan secara tertutup kerana semua suspek berusia bawah 18 tahun.
  • Pertuduhan tidak menjejaskan prosiding inkues dan siasatan polis yang masih berjalan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
"Kesemua mereka akan didakwa bagi kesalahan membuli," katanya.
Sementara itu Mohd Dusuki berkata, prosiding akan dijalankan secara tertutup memandangkan kesemua suspek berusia bawah 18 tahun.
Terdahulu, beliau dalam kenyataan berkata, pihaknya memutuskan untuk mendakwa beberapa individu selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan polis.
Bagaimanapun, kata beliau, itu tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah nanti.
Selain itu, pertuduhan berkenaan juga tidak akan mengganggu siasatan yang masih dijalankan polis.
Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah, ditemukan tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia sehari selepas itu.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina
#kes buli
#identiti suspek
#Peguam Negara
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan