SARA 2025: Semakan Kelayakan Dibuka – RM100 Dikredit Terus ke MyKad
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 21/08/2025 | 16:01 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 Ogos 2025.


1. Semakan kelayakan Penghargaan SARA 2025 dibuka hari ini

Seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia kini boleh menyemak kelayakan masing-masing bagi menerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi portal rasmi SARA.



2. Kes Zara Qairina: Guru mengaku tidak bersalah timbulkan kegentaran awam

Seorang guru Bahasa Inggeris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam, dengan mendakwa Allahyarham Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh.


3. Tuntutan maaf: Anwar tunggu laporan MCMC, desak Muhyiddin turut mohon maaf

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menunggu laporan penuh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia berhubung kesahihan sumber dirujuknya sebelum mengeluarkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95, sebelum ini.


4. Reformasi institusi, perundangan perlu ambil kira pandangan menyeluruh - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelaksanaan reformasi institusi termasuk sistem perundangan perlu mengambil kira pandangan semua pihak dan menyeluruh, bukan hanya bergantung kepada keputusan mahkamah semata-mata.


5. Kos tinggi, kerajaan tak bercadang kembalikan Kejohanan F1 - Hannah Yeoh

Malaysia tidak bercadang untuk menganjurkan semula Kejohanan Formula 1 buat masa ini memandangkan kos yuran hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi, selain kalendar perlumbaan yang padat, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.


6. Laporan video cemar imej TH dikemukakan kepada MCMC, polis - Mohd Na'im

Aduan serta laporan terhadap kandungan video yang cuba mencemarkan imej Lembaga Tabung Haji (TH) di media sosial telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.


7. KDN serius tangani ancaman pengintipan - Saifuddin Nasution

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman pengintipan oleh elemen asing yang boleh menggugat keselamatan negara.


8. Fadhlina sedia teliti pandangan semua pihak tangani isu buli

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan serta menangani gejala buli di semua institusi pendidikan.


9. Had umur persaraan penjawat awam 65 tahun akan dikaji dalam RMK13 - KPPA

Kerajaan akan mengkaji cadangan menaikkan umur persaraan wajib penjawat awam kepada 65 tahun dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).


10. Agenda pemerkasaan bumiputera diteruskan dalam RMK13 - Amir Hamzah

Agenda pemerkasaan sosioekonomi bumiputera yang ditetapkan menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35) terus diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).



#berita tumpuan #berita tempatan #berita utama #berita pilihan