awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan maaf: Anwar tunggu laporan MCMC, desak Muhyiddin turut mohon maaf

Faida Rahim
Faida Rahim
21/08/2025
03:10 MYT
Tuntutan maaf: Anwar tunggu laporan MCMC, desak Muhyiddin turut mohon maaf
Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada MCMC untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan sumber yang dirujuknya sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menunggu laporan penuh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kesahihan sumber dirujuknya sebelum mengeluarkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95, sebelum ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tuntutan permohonan maaf Ahli Parlimen Pagoh itu, yang menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian.
Jelas Anwar, beliau menyerahkan kepada MCMC untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan sumber berkenaan.
"Kita akan tunggu laporan MCMC," jawabnya ringkas.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Undang-undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.
Mengulas lanjut, Anwar bagaimanapun menegaskan, Muhyiddin juga wajar membuat permohonan maaf berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan yang telah dilemparkan.
"Dia (Muhyiddin) pun kena minta maaf, banyak tuduhan dan fitnah dilempar. Kerajaan zalim, tak bagi peruntukan kepada Kelantan, beratus yang dia sebut di Parlimen dan juga di luar Parlimen," katanya lagi.
Khamis lalu, Anwar menyatakan kesediaan untuk memohon maaf terhadap Muhyiddin sekiranya kenyataan yang dibuat beliau di Parlimen baru-baru ini terbukti daripada sumber yang tidak sahih.
Muhyiddin berkata, jika Perdana Menteri tidak meminta maaf, beliau akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#permohonan maaf
#RON95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan