MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 21/09/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 21 September 2025.


1. Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina

Malaysia dijangka berdepan fenomena La Nina singkat pada awal musim sejuk tahun 2025 hingga awal tahun 2026 yang berpotensi menjejaskan corak taburan hujan negara, namun keadaan diramal kembali stabil ke paras neutral tidak lama selepas itu.



2. Wanita warga emas dijumpai lemas di perairan Stulang Laut

Seorang wanita warga emas berusia 73 tahun ditemukan lemas di perairan berhampiran Berjaya Waterfront, Stulang Laut di sini, malam tadi.


3. Malaysia bakal miliki tapak pelancar roket pertama Asia Tenggara menjelang 2029

Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai tapak pelancar roket sendiri menjelang 2029, dengan menumpukan tiga lokasi cadangan di Pahang, Sarawak dan Sabah sejajar Dasar Angkasa Negara 2030.


4. Penyasaran subsidi petrol guna pelbagai mekanisme, bukan MyKad semata-mata - Armizan

Pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 akan menggunakan pelbagai mekanisme pembayaran, dan bukan bergantung pada penggunaan MyKad fizikal semata-mata.


5. PRN Sabah sebelum November - Hajiji

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan sebelum November ini berikutan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka terbubar secara automatik pada bulan tersebut.


6. Siasatan penuh kes kebocoran gas dijalankan - JKKP

Syarikat terlibat diminta mengemukakan laporan penuh siasatan kepada JKKP Terengganu berhubung insiden kebocoran paip gas milik Petronas Gas di tapak projek ECRL semalam.


7. Kebocoran gas: PETRONAS pasang alat pembakaran mudah alih musnah sisa gas butana

Satu lagi alat pembakaran mudah alih (portable flare) dipasang hari ini di kawasan Petronas Gas Berhad (PGB), Tapak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh dekat Kemaman, bagi melupuskan sisa gas butana dalam paip yang mengalami kebocoran.


8. Suami pengasas Dnars diarah kemuka penjelasan gagal pulang RM1.3 juta

Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Ahad mengarahkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad mengemukakan penjelasan bertulis berhubung kegagalan memulangkan wang tunai RM1.3 juta sebagaimana perintah pada 13 Ogos lalu.


9. Sabah catat jumlah masjid terbanyak di Malaysia dengan 1,127 buah

Sabah mencatatkan jumlah masjid terbanyak di negara ini dengan 1,127 buah masjid, selain 1,222 surau di seluruh negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.


10. Belia perlu maklumat tepat inisiatif Kerajaan MADANI - Dr Wan Azizah

Golongan belia perlu didedahkan dengan maklumat tepat mengenai inisiatif Kerajaan MADANI, khususnya program pembangunan diri agar aspek ekonomi dan sosial golongan itu dapat ditingkatkan.



#berita pilihana #tempatan #RON95 #warga emas