awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah sebelum November - Hajiji

Astro Awani
Astro Awani
21/09/2025
04:45 MYT
PRN Sabah sebelum November - Hajiji
Menurut Hajiji, kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan selain mengadakan pilihan raya lebih awal bagi memastikan kelancaran pentadbiran. - Gambar fail Bernama
PENAMPANG: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan sebelum November ini berikutan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka terbubar secara automatik pada bulan tersebut.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan selain mengadakan pilihan raya lebih awal bagi memastikan kelancaran pentadbiran.
"Memang tidak lama lagi, sabarlah. Tunggu, kalau cuaca ini terang, kita bubarlah, bila cuaca baik nanti.
“Kita tiada pilihan sebab tempoh Dewan terbubar sendiri bulan November. Jadi, mesti kita adakan sebelum itu," katanya
Meskipun ramalan cuaca menjangkakan hujan berpanjangan pada November, beliau menegaskan, proses pilihan raya tetap akan diteruskan seperti dirancang.
“Itu jabatan kaji cuaca yang bilang, kita yang menentukan... tunggu saja, sokong kerajaan hari ini," katanya.
Hajiji berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menutup Konvensyen Mahasiswa Sabah 2025 di Dewan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), di sini, pada Sabtu.
Dalam masa sama, Hajiji mengingatkan semua pihak supaya terus menjaga keharmonian dan kestabilan politik negeri menjelang pilihan raya.
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#pilihan raya negeri
#Hajiji Noor
#DUN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan