MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Oktober 2025.
1. Malaysia bakal wajibkan platform media sosial laksana had umur bagi pengguna - Fahmi
Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna atau electronic Know Your Customer (eKYC) bagi memastikan kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak memiliki akaun.
2. Kerajaan akan adakan mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan penggunaan media sosial pelajar - PM
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas bagi menangani masalah disiplin dan keselamatan di sekolah, termasuk yang berpunca daripada pengaruh media sosial serta penggunaan telefon pintar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3. Tikam pelajar: Suspek disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, direman seminggu
Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, bagi membantu siasatan kes menikam pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.
4. Rakyat Malaysia guna lesen Singapura boleh mohon BUDI95 mulai Khamis - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuka laman sesawang khas mulai esok bagi memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) memohon BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
5. PM Anwar pertahan pelaburan Khazanah RM600 juta baik pulih Carcosa Seri Negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) sebanyak RM600 juta bagi pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur termasuk Carcosa Seri Negara yang disifatkan mempamerkan kepentingan sejarah dan identiti nasional.
6. Inkues: Saksi pelajar mengaku jerit, marah Zara Qairina pada malam kejadian
Seorang saksi pelajar yang juga antara individu dituduh dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengaku menjerit dan memarahi Zara pada malam kejadian selepas mangsa menafikan tuduhan mencuri.
7. FAM sudah kemuka rayuan kepada FIFA
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memfailkan rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung keputusan tatatertib isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan.
8. Bekalan elektrik pulih berperingkat susulan insiden di Loji Edra, Melaka
Bekalan elektrik yang terjejas di beberapa kawasan di Lembah Klang susulan gangguan di Loji Janakuasa Edra Power Plant di Melaka kini dipulihkan secara berperingkat.
9. Sembilan ditahan cuba seleweng 133,000 tan metrik minyak masak bersubsidi
KPDN Selangor menahan sembilan individu termasuk dua warga asing kerana disyaki terlibat aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Klang Utama.
10. Pemuda ke tali gantung kerana bunuh, bakar kekasih hamil
Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang pemuda yang mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di Sabak Bernam, dua tahun lepas.