Rakyat Malaysia guna lesen Singapura boleh mohon BUDI95 mulai esok - Loke

Loke berkata ia bagi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tetapi terpaksa menggunakan lesen memandu republik itu untuk tujuan pekerjaan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan akan membuka laman sesawang khas mulai esok bagi memudahkan rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) memohon BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Ringkasan AI
- Kementerian Pengangkutan akan membuka laman khas untuk rakyat Malaysia yang menggunakan Lesen Memandu Singapura (LMS) bagi memohon subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
- Permohonan tertakluk kepada syarat seperti warganegara Malaysia, LMS yang sah, dan permit kerja di Singapura, dengan semakan kelayakan boleh dibuat selepas 14 hari.
- Subsidi hanya untuk kenderaan berdaftar di Malaysia, dan pemohon yang tidak lagi bekerja di Singapura boleh mohon semula Lesen Memandu Malaysia selepas membatalkan LMS.
Beliau berkata laman sesawang berkenaan boleh diakses di www.BUDI95lesenSG.jpj.gov.my manakala status kelayakan boleh disemak selepas 14 hari melalui portal rasmi www.budi95.gov.my.
Loke berkata semua permohonan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian dan pertimbangan kelayakan berdasarkan syarat iaitu pemohon merupakan warganegara Malaysia, memiliki LMS yang masih sah dan mempunyai status permit pekerjaan di Singapura.
Beliau juga berkata subsidi BUDI95 kekal hanya untuk kenderaan yang didaftarkan di Malaysia manakala rakyat Malaysia yang tidak lagi bekerja di republik itu boleh memohon semula Lesen Memandu Malaysia setelah membatalkan lesen Singapura mereka mengikut prosedur sedia ada.
"Jabatan ini berharap langkah ini dapat membantu memudahkan urusan warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura agar turut mendapat pertimbangan sewajarnya dalam pelaksanaan program subsidi bahan api negara," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami