Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 20/11/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 November 2025.


1. Malaysia sedia buka akses produk ayam, makanan ternakan untuk eksport ke Ethiopia

Malaysia bersedia membuka akses produk seperti ayam, sarang burung dan makanan ternakan untuk dieksport ke Ethiopia selain menawarkan kepakaran penanaman sawit dan benih berkualiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



2. KKR pantau 1,500 cerun berisiko tinggi, siap siaga hadapi MTL 2025-2026

Kementerian Kerja Raya memberi jaminan untuk terus memantau sekitar 1,500 kawasan cerun berisiko sangat tinggi menjelang Monsun Timur Laut 2025-2026, dengan pemantauan dilakukan melalui sistem amaran awal tanah runtuh dan tolok hujan di seluruh negara.


3. Tiada diskriminasi terhadap bukan Bumiputera dalam pengambilan anggota PDRM - Shamsul Anuar

Tiada kuota khusus ditetapkan bagi Bumiputera atau bukan Bumiputera dalam pengambilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.


4. 50 peratus jemaah tolak tawaran haji - Mohd Na’im

Sebanyak 50 peratus jemaah haji yang mendapat tawaran menunaikan Rukun Islam kelima pada tahun ini dilaporkan menolak tawaran tersebut.


5. Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan bekas menteri dihukum penjara enam tahun, denda RM8.8 juta

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 34, di akhir kes pembelaan.


6. Potensi kerjasama Malaysia-Ethiopia besar - PM Anwar

Potensi kerjasama antara Malaysia dan Ethiopia adalah besar namun hubungan perdagangan dan pelaburankedua-dua negara ketika ini dilihat masih di tahap permulaan.


7. Kes bunuh Kevin Morais: Bekas patologi fail permohonan semak semula hukuman mati

Seorang bekas kolonel yang juga ahli patologi R. Kunaseegaran, yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Kevin Anthony Morais pada 2015, telah memfailkan permohonan semakan semula untuk membatalkan sabitan terhadapnya dalam kes itu.


8. KTMB sedia empat tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan merangkumi 22,680 tiket sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.


9. Kerajaan kaji semula sasaran TMM2026 susulan prestasi kukuh ketibaan pelancong

Kerajaan sedang meneliti semula sasaran kedatangan pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) susulan prestasi kukuh sektor pelancongan negara.


10. Malaysia merekodkan 190,304 perkahwinan dan 60,457 penceraian pada 2024 - DOSM

Malaysia merekodkan 190,304 perkahwinan dan 60,457 penceraian pada 2024, menurut laporan Perangkaan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Malaysia 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.




#berita pilihan #tempatan #monsun timur laut #PDRM