MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 20/12/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Disember 2025.


1. Penduduk Seri Perantau rayu campur tangan segera kerajaan negeri selepas 13 hari tanpa elektrik

Lebih 1,000 penghuni terjejas tanpa prosedur kecemasan yang dilaksanakan, menyebabkan kesukaran kepada pesakit, peniaga, warga emas, dan pesakit dialisis.



2. Cuaca semakin baik, kerja pembersihan pasca banjir di Pahang giat dijalankan

Sukarelawan membantu membersihkan rumah, mengalihkan perabot rosak, serta mencuci lumpur, memberi tumpuan kepada warga emas dan keluarga terjejas.


3. Konsert Thalapathy Thiruvizha: Jangan ada unsur politik, tindakan akan diambil - Polis

Pihak polis akan mengawal keselamatan di sekitar konsert bagi mengelak insiden tidak diingini.


4. Mayat wanita dalam beg: Suspek utama direman tujuh hari

Suspek berumur 51 tahun itu dibawa polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau dan tiba kira-kira 9.45 pagi tadi diwakili peguam Sean Dudley.


5. Perpaduan kunci kejayaan Malaysia di Sukan SEA 2025 - Nurul Huda

Perpaduan, matlamat bersama dan keyakinan kolektif menjadi tunjang utama kejayaan kontinjen negara mencatat pungutan pingat bersejarah pada Sukan SEA Thailand 2025, kata Ketua Kontinjen Negara, Nurul Huda Abdullah.


6. Jangan politikan isu kelewatan bantuan banjir - Sultan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat agar tidak mempolitikkan isu kelewatan bantuan banjir, khususnya yang berlaku pada hari-hari awal bencana.


7. Makmal dadah sindiket antarabangsa di Lembah Klang diserbu, nilai rampasan RM1.53 bilion

Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa menerusi empat serbuan di sekitar Lembah Klang pada Selasa lepas.


8. Polis sahkan kejadian video tular pelajar tahfiz dirotan berlaku di Kedah

Polis mengesahkan kejadian yang memaparkan seorang pelajar tahfiz dirotan oleh seorang lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini berlaku di sebuah maahad tahfiz di Sungai Kob, dekat Kulim pada September lepas.


9. 31 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar selamat dibawa pulang

Seramai 31 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myawaddy, Myanmar, berjaya dibawa pulang dan selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah pada petang Sabtu.


10. Banjir Kelantan pulih, mangsa di Pahang dan Terengganu menurun

Situasi banjir di Kelantan pulih petang ini manakala keadaan di Pahang dan Terengganu bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun berbanding pagi Sabtu.




#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI