awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan pulih, mangsa di Pahang dan Terengganu menurun

Bernama
Bernama
20/12/2025
11:38 MYT
Banjir Kelantan pulih, mangsa di Pahang dan Terengganu menurun
Di Kelantan, Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri memaklumkan empat PPS di Kuala Krai ditutup pada 4 petang tadi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan pulih petang ini manakala keadaan di Pahang dan Terengganu bertambah baik dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun berbanding pagi tadi.
Di KELANTAN, Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri memaklumkan empat PPS di Kuala Krai ditutup pada 4 petang tadi.
Sementara itu di PAHANG, mangsa banjir menurun kepada 7,004 orang daripada 2,373 keluarga yang ditempatkan di 64 PPS setakat 4.30 petang berbanding 11,166 orang daripada 3,677 keluarga di 68 PPS pagi tadi.
Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan masih merekodkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 6,225 orang di 42 PPS.
Pekan merekodkan 462 orang di 10 PPS, Jerantut (121 orang, empat PPS), Temerloh (59 orang, tiga PPS), Bera (60 orang, tiga PPS), Rompin (42 orang, satu PPS) dan Maran (35 orang, satu PPS).
Dalam pada itu, banjir di Lipis pulih dengan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Jumlah mangsa di TERENGGANU menurun kepada 929 orang daripada 245 keluarga pada 5 petang berbanding 1,391 orang daripada 369 keluarga pagi tadi dengan semua mereka dari Kemaman.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, SK Binjai dan SK Chukai.
PPS di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Serbaguna Kampung Shukor yang dibuka 17 Dis ditutup tengah hari tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#banjir kelantan
#APM
#banjir terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan