MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/02/2026 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Februari 2026.


1. LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10 bilion

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti 14,858 orang pemastautin cukai Malaysia dengan jumlah keseluruhan baki akaun kewangan luar negara melebihi RM10 bilion, namun tidak mengemukakan pelaporan cukai melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).



2. Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam

Polis menahan dua lelaki selepas mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Intan Baiduri, di sini, awal pagi Khamis lalu.


3. Aerotrain KLIA beroperasi seperti dirancang, gangguan awal tidak timbulkan risiko keselamatan - MAHB

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan, penilai rel bebas yang menjalankan semakan ke atas sistem Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang mengesahkan sistem itu berfungsi seperti yang direka, dengan gangguan perkhidmatan sejak pentauliahan disifatkan sebagai lazim pada peringkat awal operasi sistem rel yang kompleks.


4. Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu

Ibu Pelajar A mendakwa anaknya masih menerima tekanan dan tohmahan walaupun telah berpindah ke sekolah baharu susulan kejadian yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir.


5. Wanita ditemukan maut, dipercayai ditikam anak sendiri

Seorang wanita ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman pada badan di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar pada Isnin.


6. 33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah

Penyokong Selangor FC direman atas kesalahan memiliki dan positif dadah, selain mengganggu tugas penjawat awam berhubung kekecohan yang berlaku di Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.


7. ‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh

Semua pihak tidak seharusnya gentar dengan sebarang kajian yang dijalankan, sebaliknya perbandingan antara kebaikan dan keburukan dapat menghasilkan keputusan yang bermanfaat.


8. Kuasa pengampunan bukan hadiah politik, simpati peribadi - Sultan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dianggap sebagai hadiah politik atau simpati peribadi.


9. Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan

PENGERUSI Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, terbuka untuk menerima kepulangan Datuk Misbun Sidek ke dalam struktur kejurulatihan skuad kebangsaan sebaik tempoh perkhidmatan bekas jurulatihnya itu di India berakhir.


10. Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti

Program Rakan Muda akan terus diperkasakan dalam usaha melahirkan lebih ramai belia berkualiti yang mampu memimpin negara pada masa hadapan.





#berita pilihan #tempatan #LHDN #Perlembagaan Persekutuan