awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditemukan maut, dipercayai ditikam anak sendiri

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/02/2026
10:07 MYT
Wanita ditemukan maut, dipercayai ditikam anak sendiri
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih. - Gambar fail
ALOR SETAR: Seorang wanita ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman pada badan di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin.
Mangsa Zahrullail Basir yang berusia 52 tahun dikenal pasti bekerja sebagai seorang eksekutif operasi di sebuah bank di di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pada jam 8.45 pagi tadi, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar telah menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa memaklumkan kejadian pembunuhan membabitkan ibunya di lokasi kejadian yang disyaki ditikam di bahagian badan serta di pukul di bahagian kepala.
Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar awal pagi tadi sebelum salah seorang anak mangsa menemukan ibunya tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.
"Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat tiga kesan tikaman iaitu di bahagian atas dada kiri, kecederaan di pergelangan tangan serta terdapat kesan luka di bahagian kepala dan muka serta luka kecil dan luka tikaman di tapak tangan kiri.
"Setakat ini motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kita percaya kejadian ini dipercayai membabitkan anak mangsa (suspek).
"Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit didapati hilang," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Syed Basri berkata, mangsa dipercayai tinggal di rumah itu bersama tiga anaknya dan susulan itu sepasukan anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan K-9 telah dikerah ke lokasi untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, usaha menangkap suspek sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu pihak polis menyeru kepada suspek yang berusia 28 tahun untuk tampil membantu siasatan di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.
"Polis juga memohon kerjasama saksi, khususnya ahli keluarga terdekat mangsa atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan di balai polis berhampiran atau di IPD Kota Setar," katanya lagi.
Syed Basri berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline 04-774 7222 dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.




Topic Berkaitan
#wanita maut
#ditikam
#anak sendiri
#Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan