Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Astro Awani
Februari 24, 2021 15:48 MYT
Februari 24, 2021 15:48 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Februari 2021.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu pada kira-kira 3 petang.
Dakwaan pendaftaran suntikan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera hanya boleh dilakukan oleh pengguna telefon jenama Apple sahaja adalah tidak benar sama sekali.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan bermula semalam sama ada menerusi platform iOS, Android ataupun telefon jenama Huawei.
Baru dua hari merekodkan kes positif COVID-19 baharu di bawah angka 3,000, negara kembali mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 3,545 kes baharu pada Rabu.
Menurut kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM), kes baharu tersebut melibatkan satu sahaja kes import dengan yang lainnya membabitkan penularan tempatan dan membawa angka keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini 291,774.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan segera menasihati Seri Paduka Baginda untuk memanggil sidang Parlimen seawal Mac depan.
Kuasa bagi memanggil sidang Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tanpa memerlukan nasihat Perdana Menteri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Memetik laporan The Star, topik bagi soalan kertas berkenaan dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan jam 10 pagi tadi.
Bukan mudah untuk menghadapi saat-saat pemergian orang yang disayangi namun itu yang harus ditempuhi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Beluru di sini.
Pelajar yang masih belum mempunyai pakaian seragam diberi kelonggaran untuk memakai pakaian yang sesuai, kemas dan sopan ke sekolah.
Seorang peniaga air tebu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang di sini dengan 64 pertuduhan melibatkan sumbang mahram dengan anak sendiri dan merogol rakan kepada anak perempuannya yang masing-masing kini berusia 14 tahun.
#Khairy Jamaluddin
#Muhyiddin Yassin
#Yang di-Pertuan Agong
#Sijil Pelajaran Malaysia
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
#COVID-19
#peperiksaan
#SPM
#calon
#jenazah
#sekolah
#pelajar
#Halal
#Islam